NAMPAKNYA nama Iman Troye masih belum sunyi dalam kalangan pengguna media sosial.
Tidak cukup dengan kisah-kisah viralnya, nama Iman sekali lagi menjadi bahan kecaman ramai apabila videonya menyanyikan lagu Sampai Bila tular dalam media sosial.
Mungkin bagi mereka, apa yang dilantunkan oleh penyanyi genit itu sedikit membingitkan telinga mereka.
Malah, ada yang berpendapat tahap vokalnya masih belum bersedia untuk menyanyikan lagu berentak balada.
“Kenapa sebutan Iman kurang jelas. Mungkin selepas ini boleh berlatih vokal agar lebih baik,” tegur netizen.
Selain itu, netizen juga menasihatkan agar Iman mengikut jejak langkah Nabila Razali yang kini tahap vokalnya semakin baik.
Harapnya selepas ini mutu vokal Iman pun akan meningkat ke tahap lebih bagus. Jangan putus asa sebab komen negatif netizen, jauh lagi perjalanan awak sebagai anak seni.
MIZZ LAHAR: Penat dengar isu siakap yang kecoh dalam media sosial sepanjang minggu ini. Jadi pelanggan perlu berhati-hati ya apabila makan di mana-mana restoran.