Gambar hiasan

Sudah bayar RM74,000 ubah suai rumah tak siap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang ahli perniagaan hanya mampu berputih mata selepas ditipu oleh seorang kontraktor sebanyak RM98,000 yang berjanji untuk menyiapkan pembinaan sebuah banglo miliknya Kampung Bechah Keranji, Peringat di sini, dua tahun lalu.

Kontraktor terbabit yang berusia dalam lingkungan 30-an dipercayai terus menghilangkan diri selepas menerima bayaran terakhir sebanyak RM24,000 kira-kira lima bulan lalu.

Wan Abdul Falah Wan Ismail, 36, berkata, dia kini sedang mengesan kontraktor terbabit yang dipercayai sudah melarikan diri ke Kuantan, Pahang.

Menurutnya, dia mengenali kontraktor yang berasal dari Kota Bharu itu melalui adiknya yang mencadangkan lelaki tersebut untuk membina rumah kira-kira tiga tahun lalu.

“Kerja-kerja pembinaan banglo bermula hampir dua tahun lalu, namun kerja pembinaannya terbengkalai sejak penularan Covid-19 pada tahun lalu.

“Berdasarkan perjanjian, saya akan membuat bayaran secara berperingkat sebanyak empat kali bayaran dalam tempoh lima bulan pembinaan.

“Atas dasar percaya kepada­nya dan cadangan adik saya sendiri, saya menjelaskan bayaran itu kepadanya, namun dia tidak menyiapkan kerja itu,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Menurut Wan Abdul Falah, selepas PKP pada tahun lalu, kontraktor itu hanya menyiapkan rumahnya sebanyak 40 peratus dan ketika itu, dia juga dilihat cuba melengah-lengahkan pro­ses pembinaan dengan memberi alasan pekerjanya tidak dibenarkan keluar bekerja.

“Bagaimanapun, sampai ke hari ini pekerjanya tidak me­nyambung semula kerja meskipun saya sudah menjelaskan bayaran sebanyak RM74,000.

“Selepas lama menghilangkan diri, kontraktor itu datang ke rumah saya dan menuntut wang sebanyak RM24,000 lima bulan lalu.

“Selepas membuat perbincangan, arwah ayah, Wan Ismail Wan Jusoh ketika itu bersetuju membayar wang itu kerana dia berjanji akan menyambung semula kerja-kerja pembinaan, namun lelaki itu sekali lagi menghilangkan diri,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN