fbpx

31 projek perumahan terbengkalai dipulihkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akmal Nasrullah ketika sidang akhbar berhubung status terkini projek perumahan swasta sakit dan terbengkalai, hari ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjaya memulihkan 31 lagi projek perumahan terbengkalai membabitkan 3,299 unit bagi tempoh 1 Mei hingga 31 Mei lalu.

Timbalan Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, projek itu dipulihkan menerusi Pasukan Khas Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai yang dipengerusikannya.

Beliau berkata, sejak Januari hingga Mei lalu pasukan itu berjaya memulihkan 149 projek perumahan swasta melibatkan 17,436 unit rumah bernilai RM15.2 bilion.

“Jumlah itu adalah 22.3 peratus daripada RM68.1 bilion (RM50.5 bilion projek perumahan swasta sakit dan RM17.6 bilion projek perumahan swasta lewat).

“Secara keseluruhan, Pasukan Khas Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai telah mengenal pasti sebanyak 124 projek lewat, 471 projek sakit serta 112 projek terbengkalai,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, secara keseluruhan, sebanyak 149 projek perumahan swasta telah berjaya dipulihkan iaitu sehingga menerima Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) atau kembali lancar mengikut pemajuan yang dirancang.

Akmal berkata, pasukan khas itu menunjukkan peningkatan pencapaian dari segi menambahbaik pelaporan status projek dengan mengambilkira nilai pembangunan kasar iaitu Nilai Pembangunan Kasar (GDV).

Menurutnya, mengambil kira GDV bagi projek lewat, sakit dan terbengkalai, pasukan khas itu akan mengadakan pertemuan bersama Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) untuk perbincangan yang lebih berfokus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI