fbpx

40 projek perumahan terbengkalai sedang diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kira-kira 40 daripada 112 projek perumahan terbengkalai di seluruh negara dilaporkan dalam proses untuk diselamatkan menerusi pelbagai inisiatif dilaksanakan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Timbalan Menteri KPKT, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, untuk itu, pihaknya berbincang dengan pemaju lain bagi menyelamatkan projek perumahan terbengkalai atau menggunakan kaedah lukuidasi.

“Lebih kurang 40 projek terbengkalai dalam proses untuk diselamatkan, sama ada berbincang dengan pemaju penyelamat, likuidasi atau sebagainya.

“Projek perumahan dikategorikan terbengkalai selepas menepati kriteria ditetapkan dalam Akta 118 Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan Dan Pelesenan) 1966 termasuk apabila tidak ada kerja dilakukan di kawasan projek selama enam bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Ibadah Korban KPKT bersama warga bomba di Balai Bomba dan Penyelamat Presint 14, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI