fbpx

Dilanda pandemik, Sandara tetap sibuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANDARA PARK

BIARPUN dunia diserang pandemik sehingga merencatkan banyak aspek kehidupan, namun sebaliknya berlaku kepada penyanyi Sandara Park apabila mengakui kehidupannya semakin sibuk bermulanya krisis Covid-19.

Sejak akhir-akhir ini, Sandara atau mesra disapa Dara aktif dengan pelbagai program televisyen, sehingga membuatkan dia tidak menang tangan mengikut jadual kerja.

“Saya sangat bersyukur dengan limpahan tawaran. Cuma ada kalanya saya berasa mahu berehat.

“Dua program saya akan tamat tidak lama lagi, jadi tinggal lagi dua buah program lain. Ada juga saya jadi tetamu undangan dalam program kendalian rakan-rakan pengacara lain termasuk radio. Jadi saya cuma ada hari Ahad untuk berehat,” kongsinya.

Umum tahu, Dara baru sahaja berpindah ‘rumah baharu’ apabila bernaung bawah agensi Abyss Company selepas meninggalkan syarikat YG Entertainment.

Bercerita tentang perancangan terkini bersama agensi baharunya, bekas anggota 2NE1 itu berkata, dia akan muncul dengan sebuah album baharu tidak lama lagi sekali gus menamatkan penantian panjang peminatnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI