fbpx
Mayat tiga beradik yang terlibat dalam kejadian kemalangan di Kilometer 18 Jalan Bentong-Raub di Bentong, Pahang.

Perjalanan terakhir bersama tiga beradik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

BENTONG – Perjalanan tiga beradik ke Kelantan dipercayai bagi menghadiri kenduri kahwin menjadi perjalanan terakhir mereka bersama apabila ketiga-tiganya maut selepas kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 18 Jalan Bentong-Raub di sini hari ini.

Difahamkan mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Exora dalam perjalanan ke Kelantan bersama sebuah lagi kereta jenis Proton Saga yang turut terlibat dalam kejadian kemalangan dipercayai berpunca daripada mengelak kon penyelenggaraan jalan.

Mangsa yang maut dalam kejadian itu ialah penumpang hadapan, Masitah Kassim@Ismail, 54; Norasmah Ismail, 55, dan Muslaini Kassim@Ismail, 48, yang berada di tempat duduk belakang.

Mangsa yang cedera parah pula ialah pemandu, Muhammad Nurhuzaifah Abdul Rahman,21; Shamsiah Kassim@Ismail,43; Mariah Kassim@Ismail,46, dan seorang lagi mangsa Mohd Akil Zairi,6 yang mengalami luka di tangan dan kaki.

Ketua Polis daerah, Superintendan Yusof Unis berkata, kejadian kira-kira pukul 8.25 pagi itu berlaku ketika mangsa yang menaiki kenderaan bersama enam individu lain dalam perjalanan dari Shah Alam ke Kelantan.

“Apabila sampai di tempat kejadian terdapat sebuah lori sedang membuat kerja-kerja penyelenggaraan di bahu jalan kiri, baru meletakkan kon di bahu jalan menyebabkan sebuah kereta yang sampai ditempat kejadian membrek secara mengejut.

“Ini menyebabkan kenderaan dinaiki mangsa tidak sempat membrek dan melanggar bahagian kanan kereta berkenaan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori,”katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, akibat kejadian menyebabkan tiga mangsa iaitu penumpang hadapan dan dua penumpang belakang meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat lagi mangsa mengalami kecederaan.

Tambahya, pemandu dan tiga penumpang kereta serta pemandu lori tidak mengalami kecederaan.

Dalam pada itu, Yusof berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat mananakala tiga mangsa yang cedera di rawat di hospital yang sama dan seorang lagi dibawa ke Hospital Raub.

Katanya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih diteruskan.

“Berdasarkan siasatan awal semasa kejadian permukaan jalan kering dan cuaca baik dan lokasi kejadian adalah jalan lurus,”ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN