fbpx
Keadaan mangsa (kiri) dan suspek yang ditahan polis kira-kira dua jam selepas kejadian, malam tadi.

Cedera dikelar lelaki kurang siuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga asing cedera selepas dikelar dengan parang oleh seorang lelaki kurang siuman tidak jauh dari Dewan Masyarakat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Taman Sri Sentosa, dekat sini semalam.

Mangsa yang dipercayai berumur 32 tahun itu mengalami kecederaan pada pipi, leher dan siku sebelah kiri badan akibat dikelar oleh suspek yang juga warga asing.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, polis menerima laporan kejadian yang dibuat seorang lelaki tempatan berumur 52 tahun yang terlihat dua lelaki tersebut bergaduh hingga salah seorang dikelar.

“Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 8.20 malam semasa pengadu sedang bertugas sebagai pengawal keselamatan di dewan tersebut.

“Dalam kejadian itu, salah seorang lelaki yang dipercayai warga asing kurang siuman telah menggunakan parang menetak mangsa. Dia kemudiannya melarikan diri ke arah semak di belakang dewan berkenaan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, susulan kejadian itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields telah pergi ke kawasan belukar di belakang stesen minyak Petronas, Taman Sri Sentosa pada hari yang sama dan berjaya memberkas suspek yang berusia 31 tahun.

“Polis turut merampas barang kes berupa pakaian yang dipercayai digunakan suspek semasa kejadian dan dengan kepakaran Unit Anjing Pengesan (K9) serta pasukan Forensik, untuk mengesan barang kes disyaki parang yang digunakan suspek.

“Motif kejadian masih belum dapat dipastikan kerana mangsa dan suspek tidak memberikan kerjasama dan enggan bercakap,” ujarnya.

Katanya, ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek didapati negatif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai pas atau permit sah untuk tinggal di negara ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI