fbpx

Peguam komen trend minta derma bayar wang jaminan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang peguam hari ini mendedahkan wang jaminan yang dibayar kepada pihak mahkamah akan dipulangkan semula kepada penjamin selepas selesai perbicaraan kes.

Peguam sivil, Arif Muazzim Abdul Rahman menerusi laman Facebook miliknya berkata, semakin ramai individu mengutip derma bertujuan membayar wang jaminan dan beliau berpendapat wang itu perlu dikembalikan kepada mereka yang berhak.

“Kadang-kadang ia bukan duit penjamin. Ia mungkin duit orang ramai, kawan kepada OKT (Orang Kena Tuduh) dan sebagainya. Mungkin juga ia duit OKT. Tetapi perlu guna nama orang lain sebagai penjamin untuk menjamin.

“Anda perlu tahu bahawa selepas selesai kes sama ada OKT bersalah atau tidak, duit tersebut akan dikembalikan. Maka, apabila dapat semula, duit itu sepatutnya diserahkan semula kepada orang yang berhak. Bukan burn (lebur) atau diambil oleh pihak tertentu,” tulisnya hari ini.

Beliau berkata, wang jaminan itu hanya akan lebur jika penjamin mungkir tugasnya sebagai penjamin misalnya cuai dalam memastikan OKT hadir ke mahkamah.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, seseorang yang mendapat jaminan polis bukan bermakna mereka perlu membuat sejumlah bayaran kepada pihak polis tetapi ia menunjukkan bahawa pihak polis yakin seseorang itu boleh memberi kerjasama apabila dipanggil untuk siasatan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI