fbpx
TANGKAP layar akaun Facebook palsu yang menggunakan nama, logo Kosmo! dan Utusan.

Facebook Kosmo Digital, Utusan Digital palsu diguna kutip derma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Dua akaun palsu menggunakan logo Utusan Digital dan Kosmo! Digital dikesan di laman Facebook digunakan untuk mengutip derma.

Akaun palsu yang menggunakan logo Utusan Digital yang mempunyai 48 pengikut dan Kosmo! Digital yang mempunyai 367 pengikut masing-masing didaftarkan pada 24 Ogos dan 5 Mac lalu.

Kedua-kedua akaun Facebook tersebut adalah palsu dan tidak ada kena mengena dengan Kosmo! Online dan Utusan Online terbitan syarikat Media Mulia Sdn. Bhd.

Kedua-dua akaun dikesan memuatnaik satu hantaran meminta derma menggunakan gambar seorang kanak-kanak yang didakwa menghidap penyakit jantung bocor dan tulang tenggorokan.

Sebelum ini, turut berlaku kes meminta derma menggunakan akaun palsu Facebook menggunakan nama Kosmo! Online.

Akaun rasmi Kosmo! Online mempunyai 439,000 pengikut manakala akaun rasmi Utusan Online mempunyai 2 juta pengikut.

Orang ramai dinasihatkan tidak mengikuti akaun palsu Facebook Kosmo! Online dan Utusan Online palsu yang dipercayai digunakan untuk mengutip derma.

Pengurusan syarikat Media Mulia Sdn. Bhd. yang menerbitkan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! akan membuat laporan polis hari ini.

POPULAR