fbpx

Tujuh pelanggan pusat hiburan dikompaun RM35,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tujuh pelanggan yang sedang berhibur di sebuah pusat hiburan di Sungai Way, semalam dikenakan kompaun RM35,000.

PETALING JAYA – Tujuh pelanggan dikenakan kompaun RM35,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan berhibur di sebuah pusat hiburan di Sungai Way, dekat sini semalam.

Menerusi serbuan pukul 3 petang itu, individu yang terdiri daripada enam lelaki dan seorang wanita tempatan berumur lingkungan 20 hingga 50 tahun itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) daerah.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mereka telah dikompaun RM5,000 setiap seorang mengikut peraturan 17 (1) PPPPB (No. 3) 2021 kerana mengunjungi pusat hiburan.

“Menerusi ujian saringan air kencing yang dilakukan, kita dapati dua daripada pelanggan yang berumur 22 dan 25 tahun positif dadah jenis Methamphetamine dan Ketamin.

“Kedua-duanya telah ditahan reman selama tiga hari bermula semalam di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, seorang wanita berusia 40 tahun yang merupakan pengurus pusat hiburan turut dikompaun RM25,000 kerana melanggar SOP di bawah Peraturan 17 (2) PPPPB (No. 3) 2021 kerana telah beroperasi dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1.

“Pengurus itu juga gagal mengemukakan lesen perniagaan minuman keras bagi tahun 2021 menyebabkan sembilan botol minuman keras pelbagai jenama dirampas.

“Tiga Pekerja warga asing juga ditahan di bawah Seksyen 39 (b) Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI