fbpx
Gambar hiasan

Polis Kluang buru enam individu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Oleh MOHAMAD FAHD RAHMAT

KLUANG – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang memburu enam individu bagi membantu siasatan kes jenayah komersial yang berlaku di daerah ini sejak 2016 hingga Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd. Abduh Ismail berkata, polis percaya sebahagian daripada individu berkenaan masih tinggal di negeri ini dan ada juga yang dipercayai berada di luar Johor.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, lima dikehendaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu kes jenayah penipuan manakala seorang dikehendaki bagi Seksyen 406 Kanun Keseksaan iaitu pecah amanah.

“Suspek suspek yang diburu ialah Mohd. Omar Abdullah, 57; Azmi Mohd.Yassin, 49; Mohd. Najmuddin Abu Bakar, 33; Zulaikha Mohamadaril, 31; K. Ganasan, 43, dan S. Chandar,46.

“IPD Kluang akan mengeluarkan senarai nama orang yang dikehendaki dari semasa ke semasa kepada pihak media bagi mengesan, menangkap dan mendakwa mereka yang berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, bagi orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek-suspek berkenaan boleh menyalurkan maklumat ke mana-mana balai polis berhampiran ataupun terus menghubungi pegawai penyiasat kes berkenaan atau hubungi talian 077784222 sambungan 4234.

Beliau berkata, kerjasama orang ramai amat dialu-alukan demi menjaga kedaulatan undang-undang negara dan kesejahteraan masyarakat khususnya di negeri Johor dan Malaysia amnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI