fbpx
Mohd. Nazli didakwa menerima rasuah RM10,500 di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

Pegawai polis didakwa makan suap RM10,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Oleh NORADILA MAHAMAD

KUALA TERENGGANU — Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM10,500 dua tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Nazli Mohamed, 38, yang bertugas di Jabatan Cawangan Khas, Bahagian Anti Keganasan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noriah Osman.

Berdasarkan kelima-lima pertuduhan tersebut, Mohd. Nazli didakwa menerima rasuah berupa wang tunai keseluruhannya berjumlah RM10,500 bagi mempercepatkan urusan membawa pulang tahanan yang berada di Syria.

Wang tunai tersebut didakwa dimasukkan menerusi akaun bank milik tertuduh dan seorang wanita di sekitar Besut dari Mei hingga Disember 2018.

Bagi setiap pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN