fbpx

Sempadan Malaysia-Singapura buka bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KA SIONG (berbaju merah jambu) mengatakan sesuatu kepada murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ladang Grisek, Pasir Gudang selepas dalam perasmian sekolah berkenaan hari ini. Foto KHAIRUL MOHD. ALI

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

PASIR GUDANG – Kerajaan bersiap siaga sepenuhnya menjelang pembukaan fasa pertama sempadan Malaysia – Singapura bermula esok yang telah ditutup sejak Mac lalu akibat pandemik Covid-19.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, pembukaan itu melibatkan kemudahan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA).

Menurutnya, Wisma Putra dan pihak berkuasa Singapura telah melakukan perbincangan teliti sebelum mencapai persetujuan pembukaan sempadan.

“Apa yang dibincangkan akan bermula esok, apa kategori dan berapa jumlah yang dibenarkan juga telah ditetapkan.

“Bila sesuatu keputusan dibuat sudah tentu ia melibatkan pelarasan daripada semua agensi kerajaan. Tidak timbul masalah berhubung perkara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas menyempurnakan upacara pembukaan rasmi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ladang Grisek, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mah Hang Soon.

Ka Siong turut memberitahu, pembukaan sempadan secara berperingkat itu akan turut memberi kesan positif kepada sektor terlibat, khususnya pengangkutan awam.

Terdahulu, kerajaan membenarkan pembukaan sempadan bermula esok melibat kemudahan RGL dan PCA.

RGL menetapkan 400 individu warga asing yang menetap di Singapura yang mahu memasuki Malaysia bagi tempoh singkat untuk tujuan rasmi dan urusan perniagaan dalam tempoh seminggu.

Manakala PCA pula membenarkan seramai 2,000 individu sehari melibatkan warganegara Singapura dan penduduk tetap di Singapura yang mempunyai Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang (PLSJP) untuk bekerja dan berniaga. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI