fbpx
Muhyiddin ketika membuat panggilan video bersama Azizul Hasni dan Shah Firdaus sebentar tadi.

“Nampak seperti pingat emas di sini” – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempat mengucapkan tahniah kepada dua atlet berbasikal negara melalui panggilan video sebentar tadi.

Muhyiddin ketika membuat panggilan video bersama Azizul Hasni dan Shah Firdaus sebentar tadi.

Muhyiddin dalam panggilan itu turut memuji semangat juang yang dipamerkan oleh Datuk Azizul Hasni Awang yang berjaya memperolehi pingat perak acara keirin pagi tadi.

“Walaupun itu pingat perak tapi saya nampak di sini macam emas. Tahniah saya ucapkan kepada anda berdua telah harumkan nama negara.

“Insya-Allah di Olimpik Paris nanti kita bakal memperolehi pingat emas pertama dari sukan keirin, saya doakan kejayaan anda semua,” jelasnya.

Dalam panggilan video tersebut, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang berada di Tokyo turut mengucapkan tahniah di atas kejayaan Azizul Hasni dan Muhammad Shah Firdaus Sharom. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN