fbpx

Sukar buat Kelantan beralih ke Fasa Ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (kanan) menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada penduduk di PKPD Kampung Kebakat, Wakaf Bharu, Tumpat hari ini. Foto : YATIMIN ABDULLAH

TUMPAT – Peningkatan kes harian jangkitan Covid-19 ketika ini menyukarkan Kelantan untuk beralih ke Fasa Ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, masih terlalu jauh bagi negeri ini untuk mengikut jejak Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan yang berjaya memasuki Fasa Ketiga PPN pada 4 Ogos lalu.

Katanya, berdasarkan situasi semasa, rakyat di Kelantan ketika ini dilihat sudah mula mengambil mudah aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) apabila mendakwa sudah lama terkurung ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh.

“Dalam usaha untuk beralih ke Fasa Ketiga, kita perlu mencapai beberapa syarat yang telah tetapkan iaitu pengurangan jumlah kes harian, kadar vaksinasi yang tinggi dan situasi semasa di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital.

“Setakat ini, terdapat 28 kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kelantan. Jadi, buat masa sekarang agak sukar untuk kita beralih ke Fasa Ketiga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada penduduk di Kampung Kebakat, Wakaf Bharu di sini yang kini dikenakan PKPD.

Mengulas lanjut, menurut Ahmad, kerajaan negeri mahu rakyat mengambil iktibar mengenai laporan media yang melaporkan bahawa individu masih boleh terkena jangkitan Covid-19 di luar negara meskipun sudah mencapai imuniti kelompok. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI