fbpx
NABILA dikurniakan seorang anak, Keisha hasil perkahwinan terdahulu.

Ikhtiar cahaya mata kedua, Nabila mula berpantang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon berbakat besar, Nabila Huda sudah mula menjalani proses berpantang sejak minggu lalu dalam ­usaha untuk mendapatkan cahaya mata kedua.

Nabila berkata, dia mula mengikuti proses itu baru-baru ini dengan menggunakan khidmat sebuah agensi yang menjalankan urutan dan dilakukan sepenuhnya di rumahnya.

“Alhamdulillah, hari ini (semalam) masuk hari keenam saya menjalani proses berpantang. Kaedah yang saya lakukan sama seperti proses berpantang yang dilakukan oleh ibu-ibu lain yang baru bersalin.

“Seperti yang saya beritahu sebelum ini, saya sudah dua kali mengalami keguguran dan tidak menjalani pantang dengan betul. Jadi sekarang baru hendak me­lakukannya (berpantang dengan sempurna) dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Nabila atau lebih mesra disapa Abil memberitahu, rawatan berpantang yang dilakukannya melibatkan kaedah urutan badan dan bertungku untuk memulihkan sistem dalaman tubuhnya.

“Sudah enam tahun saya me­nunggu kehadiran cahaya mata kedua. Mudah-mudahan saya dan suami diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata,” katanya.

Ditanya mengenai perasaannya dalam usaha mendapatkan cahaya mata kedua ini, anak kepada penyanyi legenda, Amy Search itu menjelaskan, dia akan sentiasa berfikiran positif setiap kali dirundung rasa tertekan.

Kata Abil, dia percaya dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT kepadanya dan akan sentiasa bersangka baik terutama dalam menjaga kesihatan mentalnya.

“Apabila saya rasa tertekan, saya akan cepat-cepat berfikir bahawa semuanya rezeki Allah SWT. Mungkin belum sampai masanya.

“Tapi bohonglah jika saya kata tidak mengharapkan apa-apa. Lumrah bagi wanita untuk memiliki cahaya mata,” katanya.

Disoal tentang perasaan anak tunggalnya, Keisha Laila mengenai perancangan tersebut, Abil memberitahu, cahaya mata tunggalnya itu okey sahaja dan tidak pernah mempersoalkan perkara berkenaan.

“Keisha anak yang baik dan dia memahami. Lagipun usianya masih muda.

“Apa yang pasti, dia selalu mendoakan yang terbaik untuk saya. Dia tahu sebenarnya bahawa saya dan suami sangat mahukan zuriat lagi,” katanya.

Terdahulu, pelakon Diva Po­pular itu menyesali tindakan masa lalunya yang tidak menjalani pantang secara sempurna selepas dua kali mengalami keguguran iaitu pada April 2019 dan Oktober 2020.

Akui Abil, dia tidak menolak kemungkinan kesukaran untuk hamil lagi berkemungkinan di­sebabkan faktor tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN