fbpx
SEORANG pesakit Covid-19 terbaring di katil unit rawatan rapi Hospital Mariinsky, bandar Saint Petersburg hari ini. - AFP

Dunia lepasi angka tragis 4 juta kematian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GENEVA, Switzerland – Dunia melepasi angka tragis empat juta kematian Covid-19 yang direkodkan hari ini, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)  sambil menambah, bilangan sebenar korban pandemik dipercayai lebih tinggi.

Ketua WHO,  Tedros Adhanom Ghebreyesus mengumumkan angka tersebut  lebih 18 bulan sejak Covid-19  muncul di China pada Disember 2019.

“Dunia berada di titik bahaya dalam pandemik ini. Kita baru saja melewati angka tragis empat juta kematian Covid-19 yang mungkin lebih rendah daripada jumlah keseluruhan sebenar,” kata Tedros pada sidang media di ibu pejabat WHO di Geneva.

Ketua Pengarah agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu berkata, beberapa negara yang mempunyai kadar vaksinasi tinggi kini ‘bersantai seolah-seolah pandemik  sudah berakhir’ dengan memansuhkan langkah kesihatan awam dan merancang untuk memberikan  dos penggalak.

Bagaimanapun, beliau memberitahu,  terlalu banyak negara  dunia mengalami peningkatan mendadak kes Covid-19 dan kemasukan ke hospital disebabkan penularan varian koronavirus dan ‘ketidaksetaraan mengejutkan’ dalam akses global kepada  vaksin.

“Ini membawa kepada kekurangan bekalan oksigen, rawatan dan menyebabkan gelombang kematian di beberapa bahagian di Benua Afrika, Asia dan rantau Amerika Latin.

“Nasionalisme vaksin di mana segelintir negara membolot bekalan vaksin adalah tidak bermoral,” kata Tedros. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN