PETALING JAYA – Sebanyak 29 premis meliputi kilang, perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup semalam berikutan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penutupan premis terbabit selepas pasukan Task Force Operasi Pematuhan melaksanakan 85,948 pemeriksaan seluruh negara.
“Ia termasuk pemeriksaan ke atas 2,239 kilang, 16,666 premis perniagaan, 641 tapak pembinaan dan 11,369 premis perniagaan.
“Hasil daripada pemeriksaan tersebut, 29 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya di sini tadi. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929














