fbpx
Ayob Khan melawat dan menyampaikan sumbangan kepada bekas polis yang terlantar sakit Suliman A. Hakim 85, pada Program Ops Bantu di Flat Taman Cendana, Pasir Gudang, Johor hari ini. - Foto RAJA JAAFAR ALI

Terharu terima kunjungan Ayob Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR GUDANG – Seorang bekas polis bantuan era darurat, Suliman A. Hakim terharu menerima kunjungan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang menyampaikan bakul makanan sempena Op Bantu di Blok 43, Taman Cendana, di sini hari ini.

Suliman, 85, merasa bersyukur kerana masih ada pihak yang prihatin terhadapnya yang sudah berpuluh tahun meninggalkan badan penguatkuasa itu.

“Tidak ada kata-kata yang mampu menggambarkan kegembiraan saya melainkan terima kasih kerana ziarah saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Suliman pernah berkhidmat selama lima tahun di Tapah dan Kampar, Perak sebelum bersara di Cameron Highland, Pahang pada 1959.

Isterinya, Sulam Ahmad, 61, berkata, kehadiran Ayob Khan di kediaman mereka yang menyampaikan sumbangan bakul makanan itu memberi makna kepada mereka sekeluarga.

Katanya, suaminya kini hanya terlantar sejak mengalami sakit lutut yang teruk dan hanya mampu baring sejak Ogos tahun lalu.

Tambahnya, ketika dirujuk ke hospital, doktor menyarankan untuk menjalani pembedahan memasang tempurung lutut tetapi suaminya tidak mahu berbuat demikian.

“Saya dan anak kurang upaya (OKU) lembam, Siti Sarah, 21, bersama-sama menguruskan dia menjalani rutin harian seperti mandi, makan serta memakaikan lampin pakai buang.

“Selepas suami bersara, dia pernah bekerja sebagai tukang kebun di sekolah, manakala saya pula bekerja sebagai pengurus stor di sebuah pasar raya. Kami ada simpanan, itulah yang digunakan untuk menampung perbelanjaan harian,” katanya.

Sulam berkata, selain mendapat bantuan ‘one off’ kerajaan negeri, dia juga mendapat bantuan berkala daripada agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Jelasnya, komuniti setempat juga sangat prihatin dengan keadaan mereka dengan menyalurkan bantuan tanpa putus terutama pandemik COVID-19 sedang melanda, saya bersyukur.

Dalam pada itu, Ayob Khan berkata, polis daerah berkerjasama sama dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mengesan mereka yang betul-betul layak terima bantuan dalam Op Bantu ini.

Beliau berkata, setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dibekalkan 300 bakul makanan untuk diagihkan kepada golongan memerlukan yang terdiri daripada keluarga daif, orang kelainan upaya (OKU) serta terjejas pendapatan disebabkan pandemik Covid-19.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN