fbpx
Gambar hiasan.

Penjawat awam rugi RM370,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN- Kikis sampai ke tulang. Itu perumpamaan tindakan sindiket Macau Scam yang bukan sahaja memperdaya mangsa sehingga habis duit simpanan malah meminta mangsa membuat pinjaman bank.

Dalam kes terbabit, seorang penjawat awam berusia 33 tahun kerugian RM370,000 selepas diperdaya sindiket terbabit yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian bermula pada 17 Jun lalu apabila mangsa menerima panggilan telefon dari nombor tidak dikenali.

“Pemanggil terbabit memperkenalkan diri sebagai pegawai LHDN dan memaklumkan terdapat nama syarikat yang didaftarkan atas nama mangsa dan tidak membayar cukai.

“Mangsa juga diberitahu syarikat atas namanya itu terbabit dalam aktiviti penggubahan wang haram dan talian berkenaan disambungkan kepada Inspektor Azman dari IPK Pahang untuk menyelesaikan perkara berkenaan tanpa perlu menangkap pengadu,”katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudian diarahkan untuk memasukkan sejumlah wang ke akaun yang diberikan dan mangsa telah memasukkan sebanyak RM120,000 sepanjang tempoh lima hari sehingga 21 Jun lalu.

“Selepas mangsa memaklumkan dia sudah kehabisan wang simpanan, mangsa diarahkan untuk membuat pinjaman bank dan telah membuat pinjaman dengan dua bank berjumlah RM250,000.

“Mangsa kemudian diarahkan untuk memuat turun aplikasi myBNM dan mengisi segala butiran bank dalam aplikasi tersebut,”katanya.

Mohd. Wazir berkata, pada 30 Jun lalu, mangsa mendapati duit pinjaman yang masuk ke akaunnya telah dipindahkan ke beberapa akaun lain dan pada 6 Julai lalu dan mangsa menerima panggilan telefon daripada Bank Rakyat memaklumkan terdapat beberapa transaksi mencurigakan dari akaun bank mangsa.

Katanya, mangsa kemudiannya tampil membuat laporan polis di Balai Polis Beserah dan kes terbabit kini masih dalam siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN