fbpx

Air ketuban kurang, Yatt Hamzah kena bersalin awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yatt dikejarkan ke hospital kerana mengalami kekurangan air ketuban secara tiba-tiba.

PETALING JAYA – Pelakon dan pengacara Yatt Hamzah berdepan detik cemas dan terpaksa dikejarkan ke hospital gara-gara mengalami kekurangan air ketuban pada rahim.

Menerusi hantaran terbaharu yang dimuat naik dalam Instagramnya, Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah memberitahu, mengikut perancangan dia sepatutnya dijadualkan bersalin pada 23 Julai depan.

“Dengan rendah hati di pagi Jumaat yang mulia ini, saya mohon selitkan doa buat saya dalam tahajjud dan munajat kalian.

“Bonda ini yang sepatutnya bersalin pada 23 Julai terpaksa dikejarkan ke hospital lebih awal untuk bersalin awal kerana air ketuban tiba-tiba berkurangan. Pagi ini terpaksa induce (bersalin secara paksa),” tulisnya.

Pada masa sama, Yatt turut meminta doa daripada semua dan memohon maaf kepada sesiapa sahaja jika dirinya pernah menyakiti sama ada secara sengaja atau tidak.

“Ya Allah permudahkanlah urusan ku melahirkan kali ini. Selamatkanlah aku dan anak dan jadikanlah anak yang bakal lahir ini menjadi hambamu yang sihat dan sempurna.

“Pada kesempatan ini juga saya mohon maaf kepada semua jika pernah menyakiti. Mohon doa bonda ini dan anakanda ya,” tulisnya lagi.

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata rakan selebirit dan netizen turut sama-sama menitipkan kata-kata semangat buat Yatt dan mendokan keselamatan dirinya dan bayi yang bakal dilahirkan.

Terdahulu, Yatt, 41, yang popular menerusi drama Dunia Baru itu pernah mengalami keguguran pada September tahun lalu akibat keracunan makanan.

Yatt yang mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016 dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Suci Humaira Iqima, 5, Suci Hayfa Medina, 3, dan Suci Hawa Zulaikha yang kini berusia setahun.

Sebelum ini, Yatt turut mempunyai seorang anak, Suci Hanania Malika, 9, hasil perkahwinan pertamanya dengan Abdul Mutalib Shukor. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI