fbpx
PENDIDIKAN fesyen formal memberi perspektif baharu dan segar dalam diri kita terhadap kehidupan itu sendiri.

Fesyen perlu insan hebat, berilmu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MENJADI pereka fesyen berkaliber dan hebat, walau sebesar mana pun bakat yang kita ada perlu diasah, dibimbing serta menjalani pelbagai proses sama ada melalui pendidikan formal ataupun bersandarkan pengalaman dalam industri.

Sebagai contoh, barisan nama pereka hebat seperti John Galliano, Marc Jacobs, Kim Jones dan Yohji Yamamoto semuanya mempunyai pendidikan formal dalam seni reka fesyen.

Mereka tergolong dalam kategori pereka gifted yang mungkin tiada replikanya.
Pendidikan menjadi tunjang utama dalam menyediakan mereka dengan kefahaman tentang prinsip dan fundamental seni rekaan.

Arah tuju kerjaya mereka pada masa sekarang, sebahagian besarnya bertitik tolak daripada kualiti program pendidikan, para pensyarah atau mentor yang memberi bimbingan serta motivasi.

Ia juga diinspirasikan daripada rakan pelajar yang sama-sama berhempas pulas belajar pada waktu itu.

Misi pendidikan adalah untuk melahirkan pelajar atau pereka yang berteraskan kualiti, individualiti, kecemerlangan, keyakinan dan ketokohan.

Pendidikan formal adalah seperti makanan lengkap dengan nutrisi yang seimbang. Ia juga menyediakan peluang untuk kita belajar proses memantapkan bakat, mengenal pasti kelemahan dan kekuatan diri dalam ruang yang teratur serta produktif.

Berikut kepentingan pendidikan fesyen formal untuk lahirkan pereka berkaliber.

1.Perspektif baharu

Pendidikan memberi ilmu yang membuka ruang lingkup minda kita terhadap dunia di sekeliling.

Ia memberi perspektif baharu dan segar dalam diri kita terhadap kehidupan itu sendiri.

Ilmu membantu kita berani menyuarakan pendapat dan memberikan ketajaman intuisi dalam memahami tentang kehidupan.

Pendidikan bukan hanya belajar dalam buku teks, tetapi sebenarnya adalah pelajaran tentang kehidupan.

DUNIA fesyen adalah luahan ekspresi perekanya tentang persekitaran dan trend semasa yang diolah dengan cemerlang.

2.Mencipta karya terbaik

Menjadi seorang pereka bukan hanya cukup dengan anda memiliki sebuah butik dan mampu mengadakan pertunjukan fesyen.

Paling penting adalah kemahiran anda menggunakan bakat untuk menghasilkan atau mencipta karya yang terbaik untuk masyarakat.

Kemahiran itu juga mendidik mata kita untuk menganalisis apa yang kita lihat seperti kadar banding (proportions), warna, mood, konteks, suasana (ambience) dan konstruksi.

3.Eksperimentasi

Seni reka secara amnya adalah bidang yang kaya dengan warisan, tradisi dan falsafah yang tersurat atau tersirat.

Pendidikan formal seni reka mengajar pelajar untuk lebih menyelami dan memahami tradisi.

Pendidikan formal seni reka menyediakan pelajar peluang untuk bereksperimentasi atau eksplorasi dalam bidang rekaan tanpa kekangan aspek komersial.

SALAH satu koleksi pereka terkemuka dunia, Marc Jacobs.

4.Keyakinan dan fokus

Pada pandangan saya, pendidikan dapat memberikan kita keyakinan dan fokus dalam kehidupan serta kebolehan untuk berfikir, seterusnya mentafsir secara kritikal tentang sesuatu karya.

Ia juga mengajar kita bagaimana untuk meluahkan ekspresi diri serta interpretasi seni untuk masyarakat.

Paling penting, proses pendidikan memberi kita kekuatan untuk menghadapi serta mencari jalan penyelesaian bagi apa jua masalah.

5.Anjakan paradigma

Kegigihan menimba ilmu telah memberi kita semangat untuk terus berusaha melangkaui imaginasi demi merealisasikan impian.

Pendidikan dan ilmu mendefinasikan ‘suara’ kehebatan sesuatu generasi. Tugas utama pendidik adalah untuk membantu pelajar membuat anjakan paradigma serta transformasi diri daripada yang biasa menjadi luar biasa.

Pendidik juga bertanggungjawab untuk membimbing mereka mencari ‘roh’ dalam karya dan mengeluarkan kehebatan dari dalam diri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN