fbpx

Pemburu paranormal rakam hantu kembar The Shining

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayang-bayang hantu tersebut kelihatan seperti roh kembar kanak-kanak dalam filem The Shining. – Facebook Ghost of Britain

LONDON – Dua pemburu aktiviti paranormal merakam kelibat dipercayai hantu dua kanak-kanak di sebuah hotel yang menyerupai gambaran watak seram filem The Shining, lapor akhbar Daily Star hari ini.

Lee dan Linzi Steer merakam entiti itu semasa melakukan penstriman secara langsung dari hotel didakwa paling berhantu di Britain, Hotel Adelphi di Liverpool.

Dalam rakaman tersebut, pasangan suami isteri itu mendengar bunyi bersiul apabila pintu lif tiba-tiba terbuka selain bunyi seperti seseorang mencakar sesuatu di dalam bilik yang dihuni mereka.

Menurut seorang penonton yang bermata tajam, dia melihat dengan jelas kelibat dua kanak-kanak seperti yang dipaparkan dalam filem seram terbitan tahun 1980 itu.

“Kejadian seram pertama adalah pintu lif terbuka secara tiba-tiba walaupun tiada orang di dalamnya.

“Berdasarkan cerita beberapa pengunjung hotel, pintu lif sering terbuka secara tiba-tiba, namun untuk melihat sendiri kejadian aneh tersebut adalah sesuatu yang menyeramkan.

“Kami juga kerap mendengar bunyi orang bersiul dari dalam lif serta bunyi seperti seseorang mencakar sesuatu di dalam bilik hotel,” kata Lee.

Sementara itu, Linzi berkata, menurut pemerhatiannya, kelibat itu kelihatan menyerupai dua kanak-kanak dengan seorang kelihatan seperti budak perempuan.

“Kelibat itu mengingatkan saya kepada hantu kembar dalam filem The Shining.

“Kami juga cuba menggunakan peralatan kami untuk berkomunikasi dengan hantu, namun balasan yang diterima adalah kata-kata sumpah seranah,” ujarnya.

Video rakaman tersebut dimuat naik di Facebook Ghost of Britain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN