KUALA LUMPUR – Sejumlah 85.22 peratus daripada 5.9 juta hektar tanaman kelapa sawit di negara ini telah menerima Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) sehingga 30 Julai lalu.
MSPO dibangunkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Sirim Bhd. (Sirim) serta komuniti sawit negara dan telah dimandatorikan kepada seluruh rantaian industri sawit bermula 1 Januari lalu.
Pegawai Komunikasi Sains MPOB, Laziana Ahmad berkata, industri minyak sawit di negara ini berorientasikan eksport dengan Malaysia adalah pengeluar dan pengeksport sawit kedua terbesar di dunia, masing-masing menyumbang 26 peratus dan 34 peratus daripada jumlah keseluruhan global.
“Sehubungan itu, MSPO perlu dilaksanakan di seluruh penggiat industri sawit Malaysia bagi meningkatkan kredibiliti produk sawit keluaran negara.
“Setakat Julai, 89.60 peratus daripada keseluruhan 452 kilang buah sawit telah mendapat pensijilan MSPO.
“Bagi pekebun kecil tersusun pula, seramai 231,576 orang dengan keluasan 679,07 hektar, atau 99.64 peratus telah memperoleh pensijilan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.
Menurut Laziana, antara cabaran yang dihadapi untuk mempersijilkan pekebun kecil persendirian ialah status pemilikan kebun yang tiada geran tanah sah.
“Kerajaan menyediakan insentif untuk membantu pekebun kecil persendirian membiayai kos yuran pensijilan, latihan berkaitan MSPO, penyediaan stor penyimpanan bahan kimia dan peralatan perlindungan diri (PPE).
“Dengan kerjasama semua pihak, sasaran pencapaian 100 peratus penanaman sawit dipersijilkan dengan MSPO pasti akan dapat direalisasikan,” katanya.

85% tanaman sawit terima MSPO
- Oleh KOSMO!
- 9 Ogos 2020, 9:32 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

Lupa saya seorang penyanyi, buat ‘show’ atas pentas – Zizi Kirana
22 September 2025, 8:30 pm

Wanita duduk di tengah jalan, merajuk roti puri tidak cukup
22 September 2025, 8:00 pm

Pelan strategik pendidikan Perak 2030 lahir pemimpin masa depan
22 September 2025, 7:37 pm

DBKL siap siaga hadapi hujan lebat, angin kencang
22 September 2025, 7:16 pm

Rogol bawah umur: Kerajaan pegang prinsip rogol statutori
22 September 2025, 7:11 pm

[VIDEO] Ribut kuat, 30 kenderaan rosak dihempap bumbung tercabut
22 September 2025, 7:07 pm

Remaja 17 tahun hilang di Seri Kembangan
22 September 2025, 7:01 pm

Gelaran ratu cantik ‘Baby’ dilucut kerana pakaian terlampau jarang
22 September 2025, 7:00 pm