fbpx

Lelaki kebas lima tabung derma diburu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

DUNGUN – Polis sedang giat mengesan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes samun sebuah kedai runcit di Paka dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 12.45 tengah hari itu, suspek dipercayai telah melarikan lima buah tabung derma yang diletakkan di kedai runcit tersebut melibatkan kerugian dianggarkan RM500.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sewaktu kejadian, suspek dikatakan memberhentikan
motosikalnya di hadapan gerai terbabit sebelum berpura-pura kononnya mahu membeli rokok dan air.

“Sewaktu pembantu kedai wanita berusia 19 tahun mahu mengambil air di dalam peti sejuk, lelaki berkenaan tiba-tiba menyelak bajunya untuk menunjukkan sebilah pisau yang terselit di pinggangnya.

“Suspek mengarahkan pembantu kedai itu diam sebelum melarikan lima tabung derma yang diletakkan di kaunter pembayaran,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Baharudin berkata, pemeriksaan awal di lokasi kejadian menemui beberapa kesan cap jari dipercayai milik suspek.

Katanya, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI