fbpx
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali

Polis pantau pergerakan militan Abu Sayyaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali memaklumkan pihaknya sentiasa memantau kegiatan kumpulan militan Abu Sayyaf yang dikesan masih aktif cuba menyelinap masuk ke negeri ini.

Menurut beliau, operasi memantau kumpulan dari selatan Filipina itu sentiasa dijalankan bagi mengelakkan anasir jahat seumpama ini daripada memasuki sempadan Sabah.

“Tidak dinafikan hasil risikan mendedahkan masih ada anggota Abu Sayyaf yang cuba masuk khususnya di Sabah.

“Bagaimanapun, kita sentiasa memantau kegiatan kumpulan ini dengan kerjasama pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan pasukan keselamatan Filipina,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada 17 Mei lalu, Polis Sabah berjaya menembak mati lima anggota kumpulan Abu Sayyaf termasuk seorang subleader yang dikehendaki pihak berkuasa Filipina dikenali sebagai Mabar Binda.

Kesemua mereka berusia dalam lingkungan 20-an hingga 40-an.

Sebelum itu, pada 8 Mei lalu, pasukan keselamatan berjaya menahan lapan anggota kumpulan sama termasuk dua daripada mereka yang berada dalam senarai orang dikehendaki kerajaan Filipina.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI