fbpx

Gangren dan pekak kesan jangkitan terbaharu varian Delta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Varian Delta atau B1617.2 adalah yang paling mudah berjangkit setakat ini, dan kini, pasukan perubatan mengaku bahawa ia lebih berbahaya. – AFP

NEW DELHI, INDIA – Sekumpulan doktor di India mendakwa varian Delta Covid-19 yang baharu menyebabkan pesakit mengalami sakit gangren dan kehilangan daya pendengaran, lapor portal MailOnline kelmarin.

Gangren adalah satu keadaan di mana tisu badan mati dan mula mereput ketika masih berada di dalam badan, yang disebabkan oleh kekurangan oksigen ekoran bekalan darah yang tersekat.

Menurut laporan Bloomberg, sama seperti simptom-simptom biasa Covid-19, beberapa petugas kesihatan di India berkata terdapat peningkatan dalam kalangan pesakit yang menjadi pekak atau mengalami gangren disebabkan pengumpulan darah beku.

Koronavirus diketahui mampu mengakibatkan darah beku dalam kalangan ramai pesakit, yang kemudiannya akan menyebabkannya tersekat di saluran darah kecil, sekali gus memutuskan bekalan darah.

Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya gangren jika tidak dirawat dengan betul.

“Saya melihat tiga ke empat kes bagi sepanjang tahun lepas dan kini terdapat seorang pesakit (dengan simptom gangren) dalam masa seminggu.

“Kami mengesyaki ia mungkin disebabkan oleh varian virus terbaharu,” ujar pakar kardiologi dari Mumbai, Dr. Ganesh Manudhane.

Campak, beguk dan beberapa jenis herpes juga antaran kesan kerosakan kekal yang disebabkan oleh serangan koronavirus pada bahagian koklea telinga.

Bagaimanapun, masih tidak dapat dipastikan bagaimana keadaan itu boleh berlaku, namun bengkak yang disebabkan oleh tindak balas imun boleh merosakkan bahagian dalam telinga yang sensitif atau bulu-bulu halus yang diperlukan untuk pendengaran. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI