SULTAN Nazrin (tengah) berkenan berangkat menyempurnakan pembukaan Sidang Pertama Majlis Konvokesyen UIAM ke-42 di Kampus Gombak hari ini. - Foto oleh SYAKIR RADIN/KOSMO!

Ilmu tanpa adab undang kerosakan – Sultan Nazrin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GOMBAK – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, ilmu pengetahuan yang semakin berkembang tidak semestinya menjadikan seseorang lebih bijaksana, malah boleh menyebabkan kerosakan ilmu dan kehilangan adab apabila dipisahkan daripada makna dan tujuan sebenar.

Titah baginda, Allahyarham Tan Sri Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas pernah memberi amaran mengenai kerosakan ilmu dan kehilangan adab apabila ilmu dipisahkan daripada makna serta tujuan yang sepatutnya.

“Peringatan tokoh pemikir Islam itu kekal relevan khususnya kepada institusi universiti yang komited menyelaraskan pembelajaran dengan pertimbangan moral. Pengumpulan ilmu pengetahuan tidak semestinya disertai peningkatan kebijaksanaan yang sepadan.

“Allahyarham Tan Sri Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas pernah memberi amaran mengenai kerosakan ilmu dan kehilangan adab apabila ilmu dipisahkan daripada makna serta tujuan sebenar.

“Amaran beliau sentiasa relevan kepada sebuah universiti yang komited menyelaraskan pembelajaran dengan pertimbangan moral,” titah baginda pada Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke-42 di Kampus Gombak hari ini.

Baginda bertitah, kerosakan itu berlaku apabila konsep asas dalam tradisi Islam kehilangan makna sebenar, dengan kesannya bukan sekadar terbatas kepada bidang kesarjanaan.

Menurut baginda, seseorang mungkin memiliki pengetahuan yang luas tetapi tidak mempunyai pertimbangan untuk bertindak secara adil atau gagal mengambil kira kesan keputusan mereka terhadap orang lain.

“Adab membantu memastikan ilmu dipandu oleh kebijaksanaan dan dizahirkan melalui tingkah laku kita,” titah baginda.

Baginda turut mengingatkan graduan bahawa mereka kini merupakan sebahagian daripada komuniti sarjana yang diharapkan terus mengemukakan persoalan, mencabar andaian dan memajukan ilmu demi manfaat orang lain.

Titah baginda, bukan setiap sumbangan akan mengubah dunia, namun setiap usaha bermakna, walaupun kecil, membantu manusia memahaminya dengan lebih baik.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN