KAMPUNG lama Pos Pulat, Gua Musang yang ditinggalkan penduduk Orang Asli kini menjadi laluan haiwan liar. – AIMUNI TUAN LAH

‘Kampung lama sudah jadi laluan gajah, harimau’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Penempatan lama Pos Pulat yang ditinggalkan penduduk Orang Asli kini menjadi laluan haiwan liar se­perti harimau, gajah dan be­ruang sejak lebih sebulan lalu.

Keadaan itu menyebabkan penduduk tidak lagi berani berkunjung ke kampung lama berkenaan kecuali untuk mengambil barangan rumah yang masih ditinggalkan selepas berpindah ke penempatan baharu di Kampung Bukit Beringin.

Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli Pos Pulat, Mazlan Mohamed berkata, penduduk sudah tidak tinggal di kawasan lama itu kerana terdapat kesan kehadiran haiwan liar yang boleh mengancam keselamatan mereka.

Katanya, penduduk juga tidak berani berada lama di kawasan berkenaan dan kebanyakan mereka mengelak daripada pergi ke kampung lama sejak berpindah.

“Penduduk hanya berulang-alik untuk mengambil barangan rumah yang masih ditinggalkan di kampung lama Pos Pulat dan sudah tidak berani tinggal di sana.

“Di penempatan lama terdapat kesan kehadiran haiwan liar seperti najis dan tapak kaki harimau, gajah serta beruang,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Kelantan dan Terengganu, Mohd. Faedzyal Mohamed berkata, penduduk yang perlu kembali ke kampung lama bagi mengambil barangan ditinggalkan dinasihatkan supaya tidak pergi bersendirian.

Katanya, kawasan perkampungan yang kosong berpotensi menjadi laluan haiwan liar untuk mencari makanan sekali gus meningkatkan risiko kese­lamatan kepada penduduk.

“Pihak Jakoa juga tidak ga­lakkan penduduk kembali ke penempatan lama seorang diri,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN