KUALA LUMPUR – Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail meninggal dunia pada usia 71 sebentar tadi.
Anak kedua Allahyarham, Faezul Adzra Patail ketika dihubungi Bernama berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Prince Court pada 9.15 malam.
“Allahyarham meninggal dunia akibat jangkitan dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya pagi esok,” katanya.- Bernama














