PONTIAN – Seorang pesara sektor swasta mengalami kerugian sebanyak RM776, 000 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud dalam talian kelmarin.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Hadzrat Hussein Mion Hussain berkata, lelaki berusia 61 tahun itu tampil membuat laporan polis semalam setelah menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan.
Katanya, pada Julai lalu, mangsa telah melihat iklan pelaburan bertajuk ‘ investment learning’ di Facebook dan berkenalan dengan seorang wanita yang menggunakan nama Diana.
Menurut beliau, mangsa kemudiannya telah dimaksudkan ke dalam sebuah kumpulan WhatsApp dan diberikan panduan untuk menyertai pelaburan saham.
“Suspek kemudiannya menawarkan skim pelaburan kepada mangsa yang didakwa mampu memberikan keuntungan lumayan sehingga 15 peratus daripada jumlah modal yang dilaburkan.
“Bermula dari Julai hingga November, mangsa telah membuat sebanyak lima kali transaksi pindahan wang bagi tujuan pelaburan berjumlah RM776,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tambah Hadzrat Hussein, transaksi tersebutmembabitkan lima akaun syarikat berbeza selain mangsa diminta membuat bayaran tambahan bagi meningkatkan kadar komisen. – KOSMO! ONLINE














