The Loft, Kota Kinabalu.. Gambar Media Sosial

Penduduk The Loft mohon pandangan SPRM berkait tadbir urus pengurusan bangunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Seorang pemilik unit di kondominium The Loft di sini mengemukakan surat rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah bagi memohon pandangan serta penelitian berhubung aspek tadbir urus penyata akaun pengurusan dan tatacara proses tender bangunan berkenaan.

Tony Koh Kian Leong berkata, dia yang memiliki unit di kediaman bersebelahan pusat beli-belah Imago itu selama lebih 10 tahun telah menyerahkan surat tersebut secara sendiri di pejabat SPRM Sabah hari ini.

Kian Leong

Menurut Kian Leong, langkah itu diambil bagi mendapatkan pencerahan selepas beliau meneliti penyata akaun pengurusan bagi tahun 2025 yang didapati belum mempunyai tandatangan dua individu yang disenaraikan sebagai pihak bertanggungjawab.

Keadaan itu mendorong beliau memohon penjelasan lanjut mengenai proses pengesahan dan kelengkapan dokumentasi kewangan tersebut.

Selain itu, Kian Leong turut memohon pandangan berhubung tatacara perolehan dan tender projek penyelenggaraan bangunan berkenaan.

Dalam mesyuarat bulanan baru-baru ini, wakil pihak pengurusan memaklumkan bahawa penilaian teknikal bagi tender melibatkan kakitangan teknikal pihak pemaju di Imago dan memerlukan sekurang-kurangnya tiga sebut harga sebelum keputusan dibuat.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak SPRM Sabah dapat meneliti perkara tersebut dan memberikan pandangan sewajarnya mengenai proses pengesahan serta kelengkapan penyata akaun pengurusan bagi tahun 2025.

Kian Leong juga mahu SPRM Sabah meneliti tatacara penilaian teknikal, penetapan harga, dan pemilihan kontraktor dalam proses tender selain langkah penambahbaikan bagi membolehkan pihak pengurusan mengemukakan dokumentasi kewangan yang lebih jelas kepada para pemilik unit.

Beliau menegaskan bahawa permohonan berkenaan bertujuan menggalakkan amalan tadbir urus yang baik dan ketelusan demi kepentingan bersama para pemilik unit yang membayar yuran penyelenggaraan setiap bulan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN