OKAFOR (tengah) meledak dua gol ketika membantu Leeds menamatkan badi kemenangan di Stamford Bridge selepas kali terakhir menikmatinya pada 1999. - AFP

EPL: Leeds akhiri penantian 27 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Leeds United, Daniel Farke memuji mentaliti kental anak buahnya yang tidak goyah selepas dibolosi, sebaliknya bangkit membenam Chelsea 4-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge, awal pagi semalam.

Kemenangan bergaya itu melonjakkan The Whites ke tangga keenam carta liga, sekali gus memintas Chelsea dan melakar kemenangan pertama kelab berkenaan di Stamford Bridge sejak 1999 kira-kira 27 tahun lalu.

Dalam aksi itu, tuan rumah terlebih dahulu mendahului menerusi jaringan Emmanuel Emegha pada minit ke-25, namun Leeds pantas menyamakan kedudukan hanya tiga minit kemudian hasil jaringan Noah Okafor.

Leeds terus melakukan asakan sebelum menambah tiga gol lagi menerusi Dominic Calvert-Lewin, jaringan kedua Okafor dan Brenden Aaronson untuk melengkapkan kemenangan 4-1.

“Apa yang paling saya sukai ialah mentaliti yang dipamerkan. Kami tidak terjejas selepas dibolosi, terus menyerang tanpa meragui keupayaan sendiri dan tampil tajam di depan gawang.

“Kami sebenarnya berpeluang menjaringkan beberapa gol lagi, namun saya tidak boleh merungut dengan kemenangan 4-1 di gelanggang Chelsea,” katanya.

Leeds turut mempamerkan penguasaan permainan yang lebih berkesan meskipun Chelsea memiliki lebih banyak penguasaan bola apabila berjaya melepaskan 21 percubaan ke arah gawang lawan.

“Kami menguasai perlawanan ini dan memastikan perancangan kami berhasil. Kami mahu menekan Chelsea di kawasan tinggi bagi menghalang mereka mempamerkan kualiti bertaraf dunia kerana mereka memiliki barisan pemain yang hebat,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN