GAMBAR menunjukkan Trump menghulurkan tangannya bagi membantu Jinping menaiki eskalator di APEC, Shenzhen. – AGENSI

Trump jadi ‘gentleman’, hulur tangan bantu Presiden China naik eskalator

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Presiden Donald Trump dilihat kekok ketika cuba membantu Presiden China,  Xi Jinping menaiki tangga eskalator semasa sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik(APEC), dalam siri terbaharu momen pelik melibatkan Trump dan eskalator.

Trump, 80, cuba menghulurkan tangan untuk membantu Xi, 73, menaiki eskalator sebelum kedua-dua pemimpin itu naik bersama semasa sidang kemuncak tiga hala bersejarah, yang turut dihadiri Presiden Russia,  Vladimir Putin, di Shenzhen semalam.

Jinping  kelihatan memegang bahagian belakang lengan kot sut Trump secara kekok semasa kedua-duanya menaiki eskalator bersama-sama.

White House  memuji detik itu dengan berkongsi video di platform X menerusi akaun Rapid Response 47 dan menulis, “@POTUS membantu Presiden Jinping di eskalator di Sidang Kemuncak APEC.”

Trump, Jinping dan  dan Putin mengadakan rundingan bersejarah semalam bagi membincangkan perang di Ukraine dan Iran serta cara mengurangkan risiko senjata nuklear.

Bagaimanapun, perbincangan tertutup itu berakhir dengan ketiga-tiga pemimpin mengumumkan dalam kenyataan bersama bahawa mereka komited untuk “merubah’ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Ini bukanlah kali pertama Trump menjadi tumpuan berita berhubung insiden pelik yang melibatkan eskalator. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN