ARSENAL berpeluang untuk mengukuhkan kedudukan di persada EPL sekiranya berjaya mencatat kemenangan ke atas Newcastle. - AFP

EPL: Peluang Arteta masuk kelompok elit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pertemuan menentang Newcastle United di St. James Park awal pagi esok menyaksikan peluang besar untuk pengendali pasukan itu, Mikel Arteta memintas pencapaian Mark Hughes.

Sekiranya The Gunners berjaya, ia akan menjadi kemenangan ke-159 Arteta dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sekali gus membolehkannya memintas Hughes (158) untuk menghuni kedudukan ke-10 senarai pengurus yang meraih kemenangan terbanyak dalam sejarah saingan itu.

Bagaimanapun, tugas berkenaan tidak mudah apabila Arsenal kini berdepan masalah kecederaan melibatkan tujuh pemain dan yang terbaru melibatkan Martin Zubimendi yang berdepan masalah hamstring ketika bersama Sepanyol menentang England.

Sebelum ini, Arteta sudah kehilangan Bukayo Saka ekoran masalah yang sama ketika aksi menentang Bayern Munich pada saingan Liga Juara-Juara dan dijangka tidak mampu cergas untuk perlawanan menentang The Magpies kali ini.

Sementara itu, pemain sayap Arsenal, Christos Tzolis percaya pendekatan perlahan, namun konsisten yang digunakan Arteta mampu berjaya kerana menganggap saingan di EPL bersifat maraton dan bukannya perlumbaan pecut.

“Bukan kerana anda memenangi satu perlawanan, semuanya sudah berjalan dengan baik. Liga ini sangat mencabar. Setiap pasukan mempunyai kualiti yang sangat tinggi, jadi anda perlu sentiasa fokus dan bersedia menghadapi setiap perlawanan.

“Setiap perlawanan penting. Setiap mata juga penting. Itulah perkara paling utama dan sasaran kami adalah untuk kekal fokus serta bersedia sepenuhnya dalam setiap perlawanan.

“Segalanya berkaitan dengan mentaliti. Malah, sebelum perlawanan bermula, anda perlu memasuki padang dengan pemikiran bahawa anda akan menang, walaupun prestasi pasukan tidak begitu baik,” kata Tzolis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN