SEBERANG PERAI - Hasbollah menunjukkan gambar empat migran yang ditahan dalam sidang media di Kompleks Pencegahan Negeri JKDM Pulau Pinang di sini hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

Tiga PATI wanita Myanmar kempunan ke Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Tiga wanita warga Myanmar diseludup masuk ke negara ini melalui laluan sempadan tidak diwartakan di Bukit Kayu Hitam sebelum dibawa menggunakan sebuah kereta ke Pulau Pinang.

Kegiatan itu terbongkar apabila kereta jenis Suzuki Swift berkenaan ditahan sepasukan Unit Marin Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang bersama pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA) di Jalan Masjid Negeri, Georgetown kira-kira pukul 3 pagi pada 25 Oktober lalu.

Pengarah Kastam Pulau Pinang, Hasbollah Din berkata, pemeriksaan mendapati empat individu berada di dalam kenderaan itu, terdiri daripada seorang lelaki berusia 45 tahun di tempat duduk pemandu dan tiga wanita berusia lingkungan 20-an di tempat duduk penumpang belakang.

Menurutnya, semakan mendapati ketiga-tiga wanita yang mempunyai hubungan kekeluargaan itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah selain tiada rekod pergerakan keluar masuk negara berdasarkan semakan dengan Jabatan Imigresen Malaysia.

“Siasatan awal mendapati migran dipercayai memasuki Malaysia melalui laluan hutan yang tidak diwartakan di Bukit Kayu Hitam menggunakan kenderaan lain.

“Mereka kemudian dipindahkan ke kenderaan ini sebelum dipandu tekong terbabit untuk dibawa ke destinasi seterusnya,” katanya dalam sidang media di Kompleks Pencegahan Negeri, di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN