Gambar hiasan

Suami sewa rumah mahal bawa balik kekasih gelap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Tindakan seorang lelaki yang menyewa sebuah rumah mewah untuk membawa “kekasih gelapnya” bagi mengelakkan diketahui orang ramai tidak menjadi apabila diserbu oleh pihak penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) pagi semalam.

Lelaki berusia sekitar 20 tahun yang berstatus suami orang itu ditangkap berdua-duaan dengan wanita berstatus anak dara berumur 20an pada pukul 3 pagi selepas menerima aduan penduduk setempat.

Menurut kenyataan JAINJ, pasangan yang bekerja di Johor Bahru itu dikatakan telah beberapa kali membuat pertemuan di rumah teres dua tingkat yang mempunyai empat bilik tidur itu walaupun hanya bilik utama sahaja digunakan oleh mereka.

Pintu rumah dibuka lima minit selepas pihak penguatkuasa mengetuk pintu pagar rumah oleh seorang lelaki yang memakai seluar panjang dan berbaju T, penguatkuasa kemudiannya memperkenalkan diri dan mohon izin masuk untuk pemeriksaan lanjut.

Lelaki itu terus mengaku duduk bersama kekasih gelapnya serta mengakui kesalahannya seterusnya memohon maaf dan minta agar tidak diambil tindakan.

“Hasil siasatan awal, lelaki itu meninggalkan isteri serta anak-anaknya di satu kawasan perumahan kira-kira 20 kilometer daripada tempat kediamannya melakukan pertemuan sulit dengan wanita berkenaan.”katanya melalui kenyataan hari ini.

Lelaki itu memberikan alasan sudah tidak sefahaman dengan isterinya serta tidak lagi tinggal sebumbung dan merancang untuk melangsungkan pernikahan dengan kekasih gelapnya itu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN