IPOH – Seorang lelaki maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di sebuah kawasan perumahan dekat Tambun di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan selain memaklumkan sidang akhbar akan diadakan bagi menjelaskan kejadian tersebut.
“Ada sidang media nanti, di IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen) Perak,” katanya ringkas di sini hari ini.
Difahamkan, sidang akhbar berkenaan akan diadakan pada pukul 2.45 petang oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar.-KOSMO! ONLINE














