PASANGAN kekasih diberi kaunseling sebelum diserahkan kepada ibu bapa masing-masing. - AGENSI

Baru 18 tahun, pasangan kekasih ditangkap khalwat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Tindakan seorang remaja lelaki yang cuba bersembunyi di dalam bilik air di sebuah hotel di  Daerah Polewali Mandar (Polman), wilayah Sulawesi Barat gagal mengaburi ata pihak berkuasa apabila dia ditangkap berkhalwat dengan pasangannya, lapor saluran berita Lambe Turah.

Pasangan kekasih berusia 18 tahun dikenali sebagai DI dan MI itu ditahan dalam  operasi bersepadu melibatkan anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI), Polis Negara Republik Indonesia (Polri) serta pihak pentadbiran Daerah Kecil Wonomulyo.

Ketua Seksyen Ketenteraman dan Ketertiban Awam Daerah Kecil Wonomulyo, Anwar berkata,  memaklumkan bahawa pasangan bukan suami isteri itu ditemui berada di dalam bilik hotel berkenaan ketika pemeriksaan dijalankan sekitar pukul 11.00 malam (waktu tempatan).

“Terdapat satu pasangan yang berjaya ditahan. Lelakinya sempat bersembunyi di dalam bilik air ketika serbuan dilakukan,” katanya kepada pemberita.

Selain hotel, operasi bersepadu itu turut menyasarkan beberapa buah rumah sewa, kafe serta pusat biliard di sekitar Wonomulyo.

Menurut Anwar, hasil soal siasat mendapati kedua-dua remaja terbabit mengaku melakukan perbuatan melanggar norma kesusilaan. 

Selepas butiran peribadi mereka direkodkan dan diberikan sesi kaunseling, kedua-duanya diserahkan kembali kepada ibu bapa masing-masing untuk tindakan lanjut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN