PEARLY (kiri) dan Thinaah mudah membenam cabaran Shu Tian-Xu Min dalam tempoh 33 minit. - SHIDDEIQIIN ZON

Terbuka Hong Kong: Pearly-Thinaah mudah ke pusingan kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah tidak berdepan banyak masalah apabila mudah melangkah ke pusingan kedua pada Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong.

Pada aksi pusingan pertama yang berlangsung di Kai Tai Arena sebentar tadi, bekas naib juara dunia itu menang straight-set 21-13, 21-16 ke atas Fan Shu Tian-Luo Xu Min dari China.

Turun sebagai pilihan kedua kejohanan, Pearly-Thinaah pada awalnya diberikan tentangan sengit di set pertama sebelum mengutip mata demi mata.

Anak-anak buah Rosman Razak itu kemudiannya mengekalkan fokus meskipun beregu lawan cuba untuk mengejar sebelum menang 21-13.

Bersambung set kedua, Pearly-Thinaah sekali lagi diberikan tentangan awal apabila diikat 7-7 selepas Shu Tian-Xu Min memperkemaskan permainan.

Bagaimanapun, mereka kembali mendapat momentum dan mempamerkan permainan sebenar sebelum mengesahan kemaraan ke pusingan kedua menerusi kemenangan 21-16.

Menjelang pusingan kedua nanti, Pearly-Thinaah akan menantikan pemenang perlawanan antara dua beregu Hong Kong, Lui Lok Lok-Tsang Hiu Yan dan Yeung Nga Ting-Yeung Lui Lam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN