TANGKAP layar menunjukkan sebuah jengkaut sedang merobohkan rumah selepas diarahkan oleh seorang wanita. - AGENSI

Isteri roboh rumah ajar suami curang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang wanita di Bojonegoro, Jawa Timur mengambil keputusan untuk merobohkan rumah yang dibinanya hasil titik peluhnya bekerja di Hong Kong, lapor saluran berita Radar Kediri.

Dia menggunakan jengkaut untuk meratakan kediamannya itu selepas perkahwinannya dilaporkan dilanda konflik.

Hati wanita itu remuk setelah mengetahui bahawa suami tercinta telah berlaku curang ketika dia sedang bekerja di luar negeri.

Tindakan merobohkan kediaman berkenaan turut menarik perhatian penduduk setempat apabila orang ramai dilaporkan membanjiri lokasi kejadian bagi menyaksikan proses meruntuhkan bangunan yang sebelum ini berdiri teguh itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN