Tangkap layar video dimuat naik pengguna Threads berhubung dakwaan najis tikus dalam mi goreng di sebuah restoran di Sendayan.

[VIDEO] Najis tikus dalam mi goreng Sendayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Belum sempat menjamah makanan, seorang pelanggan terus membatalkan hasrat untuk makan selepas mendakwa menemui benda menyerupai najis tikus dalam mi goreng di sebuah restoran di Sendayan, di sini.

Lebih mengejutkan, kejadian itu bukan pengalaman pertama pelanggan berkenaan apabila tiga kali berkunjung ke premis sama, tiga kali juga dia mendakwa berdepan masalah kebersihan makanan.

Menerusi perkongsian di media sosial, pengguna dikenali sebagai Rifaiali_hamzah berkata, kunjungan pertama menyaksikan dia menemui benda menyerupai najis tikus yang dipercayai tergoreng bersama mi goreng.

Katanya, kejadian itu menyebabkan dia tidak jadi makan, manakala kunjungan kedua pula menyaksikan hidangan nasi berlauk yang ingin dinikmatinya dipenuhi lalat.

Terbaharu, dia sekali lagi berdepan situasi sama ketika singgah untuk makan sebelum menghantar anak ke sekolah.

“Ini tadi memang niat nak makan sebab abang belum makan lagi nak pergi sekolah. Sekali tengok benda sama, tak payahlah, tak jadi makan. Makan di sekolah sajalah bang,” katanya menerusi hantaran itu.

Perkongsian berkenaan turut mengundang reaksi pengguna media sosial lain yang mendakwa mempunyai pengalaman kurang menyenangkan di premis berkenaan.

Pengguna dikenali sebagai Farahizatiiiii mendakwa, keadaan restoran itu kotor dan menasihatkan orang ramai supaya tidak berkunjung ke situ walaupun sekadar untuk membeli minuman atau roti.

Seorang lagi pengguna, Aizuddin.idris pula mendakwa, pernah berdepan pengalaman hampir sama di sebuah lagi premis milik pengusaha berkenaan apabila hanya menyedari terdapat benda berwarna hitam di celah nasi selepas hampir selesai makan.

Bagaimanapun, dakwaan yang dikongsikan pengguna media sosial itu belum dapat disahkan dan tiada maklum balas daripada pihak restoran diperoleh setakat ini dan maklum balas daripada pihak berwajib sedang diusahakan. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN