Gambar hiasan.

Bini orang tinggal sebilik dengan lelaki bujang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULAI – Seorang wanita berstatus isteri orang ditangkap berkhalwat dengan seorang lelaki bujang dalam kejadian di sebuah rumah kedai, Taman Scientex, Senai di sini melalui serbuan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) malam tadi.

JAINJ dalam kenyataannya berkata, wanita berusia 40 tahun itu ditangkap ketika ditemui berdua-duaan dengan lelaki berusia 30 tahun kira-kira pukul 11.15 malam dan kedua-duanya dipercayai bekerja dalam satu tempat kerja di Senai.

Hasil siasatan awal, pasangan itu dikatakan berkenalan melalui laman media sosial lebih setahun lalu sebelum wanita yang sebelumnya tinggal bersama suami dan anak-anak di sebuah negeri di Pantai Timur datang ke Senai kononnya untuk mencari kerja.

Ketika di Senai, mereka berdua dikatakan menyewa sebuah bilik dalam rumah sewa bagi tinggal bersama sejak sebulan lalu dan kejadian tersebut dilaporkan kepada pihak penguatkuasa JAINJ.

Tambah JAINJ, pelbagai alasan diberikan oleh kedua-dua pasangan termasuk alasan menyewa satu bilik yang sama sebagai langkah untuk berjimat cermat dan pasangan berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 kerana berkhalwat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN