Mohd. Khalid bercakap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di sempadan Malaysia-Thailand berhampiran pangkalan haram Lubok Gong, Rantau Panjang. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

Pegawai penyiasat disyaki berskandal isteri OKT digantung tugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang pegawai penyiasat bahagian siasatan narkotik di negeri ini yang dipercayai mempunyai skandal dengan isteri kepada orang kena tahan (OKT) sudah digantung tugas buat sementara waktu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Khalid Ismail berkata, tindakan ke atas pegawai yang bertugas di Kuala Krai itu diambil bagi memastikan siasatan dijalankan dengan baik dan sempurna.

“Saya tidak akan berkompromi dengan pegawai yang melakukan perkara yang bertentangan dengan undang-undang. Itu penegasan saya.

“Kita telah melakukan siasatan dan beberapa tindakan untuk mengambil kenyataan mereka yang berkaitan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan di sempadan Malaysia-Thailand di pangkalan haram Lubok Gong di sini hari ini.

Mohd. Khalid memberitahu, pihaknya berusaha mendapatkan keterangan daripada pihak pengadu yang berada di Negeri Sembilan bagi melengkapkan siasatan.

Terdahulu, tular di media sosial seorang pegawai penyiasat narkotik yang bertugas di Kuala Krai didakwa melakukan salah laku dengan seorang OKT berkaitan dadah sehingga mencetuskan kemarahan penduduk. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN