PENDUDUK menunjukkan kawasan tapak pelupusan sisa binaan Singapura yang telah dipasang pita larangan di Pontian.

‘Ada pihak cuba perlekeh undang-undang negara’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Penduduk mendakwa tiada pemantauan secara berkala ke atas pusat pembua­ngan sisa-sisa binaan yang ditu­tup menyebabkan ada pihak cuba menghidupkan kembali tempat itu.

Mereka merasa kesal kerana pihak berkuasa seperti lepas tangan apabila penguatkuasaan selesai dilakukan, namun setelah tiga bulan pembuangan sisa binaan kembali berulang di tapak yang telah ditutup.

Ahmad Daud Saeng, 59, berkata, jika sebelum ini maklumat yang terima seperti khabar angin sahaja, namun kini terbukti perbuatan menjadikan daerah Pontian sebagai dumping berulang kembali.

Katanya, penguatkuasaan serta larangan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Singapura pada 18 Ogos lalu agar segala penghantaran seperti itu dihentikan dilanggar dengan begitu mudah sekali.

Menurutnya, tindakan tegas juga perlu diambil kepada mana-mana pemilik tanah yang dengan sengaja bersubahat.

“Penduduk kesal kerana masih ada pihak yang mengambil kesempatan untuk memperlekeh undang-undang negara ini de­ngan cuba menghidupkan kembali pusat pembuangan sisa-sisa bahan binaan yang telah ditutup,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Hassan Abd. Karim, 62, pula berkata, penduduk kesal sekiranya perbuatan yang dilakukan sejak dua tahun lalu kembali berulang walaupun pihak berkuasa telah mengambil tindakan penguatkuasaan.

Katanya, perbuatan yang dilakukan diibaratkan seperti menentang tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa negara ini dan tidak merasa takut dengan hukuman yang dikenakan kerana memikirkan soal keuntungan.

“Kita hairan bagaimana treler masih boleh melepasi pemeriksaan di pintu sempadan negara ini dengan begitu mudah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN