LEBIH 500 peminat filem ‘Rocky’ berkumpul di Philadelphia. - BBC

Perhimpunan peminat ‘Rocky’ cipta rekod dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Lebih 500 peminat filem Rocky telah berhimpun di Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) bagi menghargai legasi tersebut selepas 50 tahun tayangannya, lapor saluran berita ABC News.

Mereka telah berhimpun di tangga Muzium Seni Philadelphia pada Jumaat lalu dengan berpakaian seragam seperti watak Rocky, sekali gus berjaya memecahkan rekod World  Guinness Records.

Menurut pihak World  Guinness Records, sekurang-kurangnya 250 peserta diperlukan bagi mengiktiraf percubaan tersebut. 

Juruacara majlis kemudiannya mengumumkan rekod rasmi baharu berjaya dicatatkan dengan penyertaan seramai 570 orang.

Sebaik sahaja pengiktirafan rekod dunia itu disahkan, kesemua peserta berlari menaiki tangga muzium berkenaan untuk merakamkan gambar kenangan beramai-ramai.

Filem Rocky yang diterbitkan pada tahun 1976 dan ditulis oleh Sylvester Stallone mengisahkan perjalanan hidup seorang peninju dari South Philly yang berpeluang mencabar juara heavyweight dunia, Apollo Creed.

Malah, filem tersebut melonjakkan nama Stallone yang ketika itu merupakan pelakon kurang dikenali dan menulis skrip berkenaan dalam usaha terdesak untuk mendapatkan peluang pekerjaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN