HARIMAU MALAYA terpaksa akur dengan kekalahan kepada China dan perlu bersedia untuk aksi kedua menentang Yemen. - FB MALAYSIA NT

Terlalu hormat bawa padah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SIKAP terlalu menghormati kekuatan lawan menjadi antara faktor Harimau Malaya yang terpaksa akur tewas 0-2 kepada China pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Zhaoqing New District Sports Centre, kelmarin.

Pengendali sementara, Tan Cheng Hoe turut mengakui faktor itu berlaku di babak pertama hingga mengakibatkan anak buahnya seakan terlupa tentang kekuatan sendiri dan dihukum dengan dua jaringan oleh pasukan tuan rumah.

Cheng Hoe menjelaskan ketinggalan dua gol meletakkan Harimau Malaya dalam situasi lebih sukar dan dia terpaksa melakukan perubahan dalam separuh masa kedua bagi merubah serta perbaiki permainan pasukan.

“Kami terlalu menghormati pasukan China pada separuh masa pertama namun pada babak kedua, saya melihat pemain mula bermain lebih baik dan mampu menggerakkan bola dengan kemas.

“Ini adalah bahagian yang lami perlu analisa dan pada masa sama berani menggunakan kekuatan sendiri. Saya harap perlawanan ini akan memberikan mereka (pemain) pengajaran dan juga keyakinan,” katanya.

Dua jaringan pantas tuan rumah menerusi Wang Yudong dan Zhang Yuning sudah cukup menjadi ‘bekal’ buat China untuk mengesahkan kemenangan, malah Harimau Malaya juga berdepan kecewa kerana jaringan ‘sagu hati’ Fergus Tierney dibatalkan kerana ofsaid.

Namun, perkara positif yang dapat disaksikan pada perlawanan ini adalah kesungguhan yang dipamerkan oleh pemain memandangkan kem kali ini tanpa kelibat bintang dari Johor Darul Ta’zim (JDT) dan enam tonggak Selangor FC.

Esok, Harimau Malaya bakal melengkapkan satu lagi aksi persahabatan di China, menentang Yemen dan keputusan lebih baik pastinya diharapkan mampu dijelmakan oleh pemain.

“Sebagai jurulatih, saya kecewa dengan keputusan dan kami berdepan detik sukar untuk mengatasi keadaan selepas ketinggalan dua gol,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN