MELAKA – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Khaidirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai Dira Abu Zahar jauh meninggalkan pencabarnya dalam persaingan merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Dira memperoleh 8,685 undi dengan majoriti 6,344 undi, sekali gus mendahului calon Pakatan Harapan (PH), Esma Eazreen Husin
Keputusan itu menyaksikan Dira berada di hadapan dengan jurang undi yang besar berbanding pencabarnya. – KOSMO! ONLINE
















