Kapal persiaran terbalik dirempuh sebuah kapal tangki di Sungai Mississippi semalam.

[VIDEO] Kapal persiaran dirempuh ketika berlabuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW ORLEANS, Amerika Syarikat – Seramai 32 penumpang dikejarkan ke hospital selepas sebuah kapal persiaran sungai terbalik akibat dirempuh oleh sebuah kapal tangki yang dipercayai hilang kawalan di Sungai Mississippi semalam.

Insiden cemas yang berlaku sekitar jam 12.30 tengah hari waktu tempatan berhampiran Pelabuhan New Orleans itu membabitkan kapal persiaran American Heritage kendalian syarikat American Cruise Lines dan kapal tangki Atlantic Asphalt.

Menurut Datuk Bandar New Orleans, Helena Moreno, kapal persiaran berkenaan yang membawa seramai 129 penumpang serta anak kapal telah berlabuh kira-kira dua jam lebih awal dan sedang dalam proses menurunkan penumpang sebelum dilanggar.

“Ketika para penumpang sedang turun, kapal persiaran tersebut mula dimasuki air selepas dirempuh, lalu senget dan akhirnya terbalik ke satu sisi sehingga menyebabkan beberapa individu terjatuh ke dalam sungai,” katanya dalam satu sidang media.

Tiada kemalangan jiwa
dilaporkan oleh pihak berkuasa mengesahkan semua 129 penumpang serta anak kapal berjaya dikesan dan diselamatkan.

Seramai 87 individu sempat turun sebelum kapal itu terbalik sepenuhnya, manakala sekurang-kurangnya 14 mangsa yang memakai jaket keselamatan berjaya ditarik keluar dari sungai oleh pasukan penyelamat dan bot berhampiran.

Moreno memaklumkan bahawa kesemua 32 mangsa yang dihantar ke hospital tempatan tidak mengalami kecederaan kritikal dan tiada sebarang kematian dilaporkan. Gabenor Louisiana, Jeff Landry, menyifatkan kejayaan menyelamatkan kesemua mangsa di sungai yang berarus deras itu sebagai satu “keajaiban di Sungai Mississippi”. jelasnya.- KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN