Antara warga asing ditahan dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Kuala Lumpur, hari ini.

59 warga asing bersembunyi di premis perniagaan dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seramai 59 warga asing ditahan Jabatan Imigresen (JIM) selepas dipercayai menjadikan premis perniagaan sekitar Selangor sebagai tempat penginapan dan perlindungan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, kesemua mereka ditahan dalam operasi penguatkuasaan di lapan premis dalam operasi yang bermula pukul 1 petang.

“Hasil pemeriksaan terhadap 152 individu, seramai 75 merupakan warga tempatan manakala 77 lagi warga asing.

“Daripada jumlah itu, seramai 59 warga asing terdiri daripada 53 lelaki dan enam wanita ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, antara kesalahan dikesan termasuk tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, tinggal lebih masa serta menyalahgunakan pas.

Dalam operasi sama, JIM turut mengeluarkan tiga saman kepada saksi menerusi Borang 29 bagi membantu siasatan lanjut.

Kesemua individu yang ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen untuk siasatan dan tindakan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Zakaria berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menjadikan premis perniagaan sebagai tempat perlindungan warga asing bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN